Friday 8 July 2016

FAKTA UNTA


  • Unta boleh hidup tanpa makanan dan air untuk jangka waktu yang panjang. Kebanyakkan haiwan akan mati jika kehilangan 15% air dalam badan (dehydration) tetapi unta boleh kehilangan 20% -25% air dalam badan tanpa terjadinya dehydration.
  • Unta mempunyai mulut dan lidah yang kuat dan dengan mudah mengunyah tanaman gurun berduri.
  • Unta meminum sebanyak mungkin air sewaktu menjumpai air. Unta boleh minum air sehingga 40 gelen (150 liter) air dalam satu-satu masa.
  • Purata suhu badan unta  ada 34 (pada waktu malam) dan 41 (pada siang hari). Unta akan mula berpeluh apabila suhu meningkat 41celcius.
  • Susu unta kaya dengan iron, vitamin dan mineral dan susu unta adalah lebih sihat dibandingkan dengan susu lembu kerana rendah lemak.
  • Unta boleh berlari 40 batu perjam.
  • Jika diganggu atau rasa terancam, unta akan meludah. Unta juga berupaya menendang dengan keempat-empat kaki untuk mempertahankan diri.
  • Unta  perlu mengekalkan sebanyak mungkin air di dalam badannya, jadi ia menghasilkan air kencing yang padat seperti sirap dan najis yang sangat kering, sehingga dapat digunakan sebagai bahan bakar.
  • Unta mengandung antara 9 hingga 14 bulan bergantung kepada jumlah makanan yang di makan. Anak unta akan mula berlari setelah beberapa jam dilahirkan.
  • Mata unta ada  dua baris bulu mata yang lebat untuk melindungi mata dari pasir.
  • Unta hidup sehingga 40 -50 tahun.
Hasil carian imej untuk camel




No comments:

Post a Comment