Monday, 24 July 2017

7 SUKU KANIBAL PALING BAHAYA DI DUNIA

THE CARIB

Nama suku inilah yang menjadi sebutan untuk orang yang memakan orang lain. Suku ini merupakan suku pertama di dunia yang melakukan kanibalisme. Para pelaut biasa memanggil suku ini sebagai “The Carib people of the Lesser Antilles”.

Nama ini diberikan oleh Colombus dalam catatannya dengan menyebut nama “caniba” (yang merupakan kata lain dari kariba yang berti “orang makan orang”).
Para suku karibia ini biasanya melakukan kanibalisme kepada musuhnya, namun semenjak masuknya agama kristian , perlahan-lahan budaya itu mulai hilang...tapi mgkin ada sikit2 lagi laa kut... nk tau diorg praktik lagi ke tak...try g tpt diorg... huhuhu

THE AZTEC

Suku aztec tidak dapat dinafikan lagi sebagai suku yang paling brutal sebelum penemuan benua amerika oleh Colombus. Mereka melakukan ribuan pembunuhan manusia . Mangsa biasanya dicabut/direntap jantungnya yang masih dalam keadaan hidup. Lalu tubuhnya dijadikan masakan untuk dimakan beramai-ramai....

THE NATIVE AMERICANS

Pada masa awal penaklukan benua amerika, banyak sejarahwan bercerita bahawa suku-suku Indian di Amerika melakukan kanibalisme. Walaupun sekarang masih jadi perdebatan namun banyak yang mengaku memiliki bukti kanibalesme oleh suku-suku Indian.
Contohnya suku Indian karankawa di Texas, pada tahun 1768 seorang pendeta yang berasal dari Sepanyol menyaksikan dan merakam ritual yang dilakukan karankawa kepada musuhnya yang diseksa. Mereka mengelilingi korban tersebut dan secara begilir-gilir memotong dan menyiat kulit / daging korbannya lalu makan kulit dan daging tu depan mata mangsa.

THE AFRICANS

Benua ini mungkin merupakan benua yang masih melakukan kanibalisme sampai ke hari ini. Walaupun secara dasarnya tidak pernah dilihat dengan lebih dekat, ada saksi melaporkan berlakunya perdagangan organ tubuh manusia disana.
Disertai bukti ramai warga pendatang yang hilang waktu pergi @ melintas di sana. Biasanya penculikan dilakukan oleh geng2 kriminal. Ada yang menyatakan, pada saat perang Congo ke-2 dan perang Sipil di Liberia dan Sierra leone sering terjadi kanibalisme disana.

FIJI

Budaya kanibalisme juga diketahui telah menyebar di kawasan Polinesia dan Melanisia.sebagai contoh ,FIJI diketahui sebagi pulau kanibalisme.seorang ketua suku fiji mengakui telah memakan 875 orang dan sangat bangga sbb dah rasa pelbagai rasa tubuh manusia....yg interview ni x pulak di makan nye kan ?? huhu

THE KOROWAI

Suku Korowai di papua,indonesia diketahui sebagai suku yang masih ada di dunia dan melakukan kanibalisme hingga skrg. Mereka biasanya memakan anggota sukun yang dicurigai sebagai penyihir. Biasanya mereka makan otak mangsa yang masih panas2 lagi...maksud nya..korek kepala terus makan..x kira hidup ke mati mangsa nya tuh.... Rumah-rumah suku ini biasanya berada di atas pokok yang tinggi bertujuanuntuk melindungi dari musuh-musuhnya.

THE MAORI

Suku maori di new zealand merupakan suku kanibal yang pernah didokumentarikan dengan sangat baik. Kanibalisme sudah menjadi sebahagian dari kebudayaan maori dan mereka tidak pernah berhenti makan musuhnya. Ketika kapal inggeris, The Boyd, berlabuh dan para awaknya membunuh anak dari kepala sukumaori, para pejuang suku maori membalas dendam dengan membunuh dan memakan 66 awak kapal tersebut. Kejadian ini yang akhirnya terkenal sebagai “body massacre”.

Monday, 17 July 2017

PERIUK SUP BERISI SUO BERUSIA 2400 TAHUN

Pasukan arkeologi China telah menemukan satu periuk sup yang dikatakan berusia 2.400 tahun di ibukota kuno Xian. Periuk sup ini ditemukan di pusara yang digali untuk pembangunan perluasan lapangan kapal terbang.

 

Sup yang berusia 2,400 tahun dahulu ditemui di dalam sebuah periuk gangsa berkaki tiga oleh ahli arkeologi di makam kuno milik bala tentera atau ahli kelas pemilik tanah berdekatan ibu kota kuno Xian.


 

 

 Periuk berukuran 8 inci tinggi dan 10 inci diameter memang di design untuk memasak dan menghidang daging di dalamnya. Dan kini periuk tersebut telah dihantar dan disimpan oleh ahli arkeologi untuk di analisis kandungan sup tersebut.

 

 "Ini merupakan penemuan pertama berkait penemuan sup tulang dalam sejarah arkeologi China," kata Liu Daiyun dari Institut Arkeologi Provinsi Shaanxi.





 
Dikatakannya, penemuan ini akan memainkan peranan penting dalam mempelajari kebiasaan makan dan kebudayaan pada Paska Perang Negara-negara Bahagian (475-221 sebelum Masehi).
 


sup itu mengandungi beberapa tulang dan masih dalam keadaan cair, walaupun sup tersebut telah berubah menjadi hijau kerana proses pengoksidaan semulajadi gangsa. Sup initidak berkuap kerana makam kuno tersebut begitu tertutup rapat.
 
Seperiuk gangsa yang lain juga mengandungi cecair tidak berbau, diyakini anggur, juga ditemui di makam tersebut

Monday, 10 July 2017

LIMA LETUSAN GUNUNG BERAPI PALING TERUK


1. GUNUNG LAKI
Tahun: 1783
Negara: Iceland
Anggaran kematian: Lima juta
GUNUNG Laki yang terletak di selatan Iceland, meletup pada 8 Jun 1783 dan meluahkan kira-kira 49 tan atau 14 kilometer kubik lava basalt.
Pancutan lava dianggarkan mencapai ketinggian antara 800 hingga 1,400 meter manakala gas beracun mengandungi asid hidroflorik dan sulfur dioksida dilepaskan sehingga ketinggian 15 kilometer.
Letusan yang lebih dikenali sebagai Skaftareldar atau api Skafta di Iceland itu, berlanjutan sehingga 7 Februari 1784.
Impak letusan itu sangat dahsyat sehingga lebih 60 peratus ternakan dan sebahagian besar tanaman musnah.
Lebih 10,000 orang daripada 50,000 penduduk Iceland juga maut akibat penyakit dan kebuluran disebabkan kemusnahan sumber makanan.
Namun, jika diambil kira kematian di kawasan lain yang disebabkan penyakit berpunca daripada perubahan iklim akibat letusan Gunung Laki, angka kematian mungkin mencecah jutaan orang.
Misalnya, sejuta orang di Perancis dan lebih 20,000 di United Kingdom (UK) meninggal dunia dalam tempoh tersebut yang dipercayai berkait rapat dengan letusan Gunung Laki.

Hasil carian imej untuk laki mount erupted

2. HUAYNAPUTINA
Tahun1600
Negara: Peru
Anggaran kematian
Dua juta orang
HUAYNAPUTINA bermaksud “gunung berapi muda”. Gunung berapi itu terletak di selatan Peru. Gunung Huaynaputina adalah sebahagian Zon Pusat Gunung Berapi di Andes yang merentasi Peru dan Chile.
Pada 19 Februari 1600, berlaku letusan besar di Gunung Huaynaputina. Penduduk yang menyaksikan kejadian itu menggambarkan ia sebagai “satu letupan besar seperti bedilan meriam”.
Aliran piroklastik mengalir turun dari gunung berapi itu lalu bercampur dengan air sungai Rio Tambo dan membentuk lahar. Sejam selepas letupan, abu mula jatuh dari langit dan dalam tempoh 24 jam, bandar Arequipa diselubungi abu setebal 25 sentimeter.
Secara keseluruhannya, letupan gunung berapi tersebut membunuh lebih 1,500 orang dan memusnahkan 10 buah kampung.
Letusan itu memberikan kesan lebih terhadap iklim di Hemisfera Utara sehingga tahun 1601 menjadi tahun paling sejuk dalam tempoh 600 tahun.
Lebih dua juta penduduk Rusia dilaporkan terbunuh akibat kebuluran sepanjang musim sejuk melampau dari 1601 hingga 1603 yang dikaitkan dengan letupan Huaynaputina.

Hasil carian imej untuk HUAYNAPUTINA

3. GUNUNG TAMBORA
Tahun1815
NegaraIndonesia
Anggaran kematian
70,000 - 100,000 orang.
BERDASARKAN kajian yang dijalankan, Gunung Tambora yang terletak di Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pernah meletus sebanyak tiga kali sebelum letusan pada 1815. Ia dipercayai meletup pada tahun 3910 Sebelum Masihi (SM), 3050 SM dan tahun 150.
Letusan pada 5 April 1815 adalah letupan gunung berapi paling kuat dalam sejarah dunia. Ia disenaraikan antara 10 kejadian letusan gunung berapi paling mengerikan di dunia.
Mengikut Indeks Letusan Gunung Berapi (VEI), letusan Gunung Tambora mencatatkan kekuatan paling tinggi iaitu VEI 7. Letusan itu adalah satu-satunya yang mencatatkan VEI 7 selepas letupan Lake Taupo pada tahun 180. Nilai maksimum VEI adalah lapan.
Letusan Tambora yang disusuli tsunami mengorbankan sekurang-kurangnya 70,000 penduduk Pulau Sumbawa. Ada juga laporan yang mendakwa angka korban mencecah 100,000 orang dan sebanyak 35,000 buah rumah turut musnah dalam bencana itu.
Kesan daripada letupan itu, sebahagian negara di barat Eropah dan timur Amerika Utara mengalami musim sejuk yang melampau dari Jun hingga Ogos 1816.




Hasil carian imej untuk GUNUNG TAMBORA

4. KRAKATAU
Tahun: 1883
Negara: Indonesia
Anggaran kematian: 
36,000 orang
GUNUNG Krakatau terletak di kepulauan vulkanik yang masih aktif di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera.
Pada 26 Ogos 1883, berlaku letusan besar di Gunung Krakatau. Letusan yang disusuli tsunami setinggi 36 meter itu sangat mengerikan sehingga mengorbankan lebih 36,000 orang.
Mengikut laporan, bunyi letupan gunung berapi itu didengari penduduk Alice Springs di Australia dan Pulau Rodrigues di Afrika yang terletak lebih 4,600 kilometer. Gegarannya dilaporkan dirasai di seluruh dunia.
Letusan gunung itu turut menyebabkan perubahan iklim global. Disebabkan debu gunung berapi yang menyelubungi atmosfera, dunia bergelap selama dua setengah hari dan cahaya matahari menjadi redup selama setahun.
Dari segi kekuatan, letupan Krakatau adalah 13,000 kali ganda lebih kuat berbanding letupan bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Gunung Krakatau masih aktif dan kali terakhir meletus pada 4 Ogos 2009.
Hasil carian imej untuk KRAKATAU
5. GUNUNG PELEE
Tahun: 1902
Negara: Martinique 
(tanah jajahan Perancis)
Anggaran kematian: 
30,000 orang
TERLETAK di Martinique di Antilles Kecil, kepulauan Caribbean Gunung Pelee kini sudah tidak aktif tetapi masih merekodkan aktiviti seismik.
Gunung tersebut terkenal kerana letupan pada 1902 yang dianggap sebagai bencana gunung berapi paling dahsyat pada abad ke-20.
Letusan tersebut membunuh lebih 30,000 orang, kebanyakannya adalah penduduk Saint Pierre. Aliran proklastik memusnahkan bandar terbesar di pulau tersebut pada masa itu.
Hanya dua orang yang berada di laluan aliran piroklastik itu terselamat selepas letusan pertama pada 8 Mei 1902. Louis-Auguste Cyparis terselamat kerana berada dalam penjara seperti kubu bawah tanah.
Leon Compere-Leandre pula terselamat kerana tinggal di pinggir bandar tetapi dia mengalami kecederaan teruk.


Hasil carian imej untuk GUNUNG PELEE

 http://www.utusan.com.my/rencana/utama/5-gunung-berapi-paling-ganas-1.570298#ixzz5KeB4HEbc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 9 July 2017

TEMPAT PALING LEMBAP DI DUNIA


1. MAWSYNRAM , INDIA

Hasil carian imej untuk MAWSYNRAM


Mawsynram yang terletak di Negeri Meghalaya di India, adalah tempat paling lembap di dunia, dengan hujan tahunan sebanyak 11,871 milimeter. Jumlah hujan yang besar disebabkan oleh Banjaran Himalaya yang menghalang lompatan awan berat ke Utara. Isipadu hujan di rantau ini meningkat kepada 12 meter, menjadikan kawasan itu menjadi rumah kepada sungai dan air terjun. Penduduk Mawsynram telah menyesuaikan diri dengan keadaan basah dan tidak pernah meninggalkan rumah tanpa payung. Penduduk membuat sampul seperti keranjang dengan buluh, untuk menghalang hujan ketika mereka bekerja di ladang. Penduduk kampung menggunakan rumput sebagai kalis bunyi untuk pondok mereka. Tempoh kering di rantau ini dianggap antara Disember dan Januari apabila  isipadu hujan hanya 60 milimeter.


2. CHERRAPUNJI, INDIA

Hasil carian imej untuk cherrapunji INDIA

15 kilometer dari Mawsynram terletaknya Cherrapunji yang merupakan tempat kedua paling lembap di dunia. Cherrapunji menerima hujan tahunan sebanyak 11,777 milimeter dan terletak di Negeri Meghalaya India. Wilayah ini terletak 4500 kaki di atas paras laut di Bukit Khasi, dan menerima hujan dari angin monsun yang datang dari Teluk Bengal. Rantau ini dicirikan oleh musim tengkujuh dengan jumlah hujan yang berlainan setiap bulan. Semasa musim panas, suhu boleh mencapai setinggi 23 Darjah Celsius dan serendah 7  darjah Celcius pada musim sejuk. Cherrapunji terkenal dengan jambatan akar (tangled root) yang cukup kuat untuk menampung kira-kira 50 orang sekaligus.


3. TUTENDO, COLOMBIA

Hasil carian imej untuk TUTENDO, COLOMBIA

Tutendo terletak di Colombia ( Amerika Selatan)  dan menerima hujan tahunan sebanyak 11,770 milimeter. Tutendo mempunyai dua kalimusim hujan dan mempunyai penduduk kecil, kurang daripada 1,000 orang. Penduduk  di rantau ini mendirikan rumah dengan bumbung kalis air luntuk mengelakkan kebocoran. Bandar Quibdo yang terletak berhampiran dan merupakan salah satu bandar paling basah di dunia.


4. CROPP RIVER, NEW ZEALAND

Hasil carian imej untuk CROPP RIVER, NEW ZEALAND

Cropp River terletak di New Zealand dan menerima hujan tahunan sebanyak 11,516 milimeter. Cropp River adalah 9 kilometer panjangnya. Sungai Cropp mencatatkan 1,049 milimeter hujan pada 12 hingga 13 Disember 1995, yang tertinggi pernah didaftarkan di New Zealand dalam tempoh 48 jam.


5. SAN ANTONIO DE URECA

Hasil carian imej untuk SAN ANTONIO DE URECA

 San Antonio de Ureca, juga dikenali sebagai Ureka atau Ureca adalah sebuah kampung di Bioko Sur, Equatorial Guinea, selatan Malabo di pulau Bioko. Pekan Ureka termasuk di antara kawasan paling basah di dunia; ia menerima kira-kira 10,450 milimeter hujan setiap tahun. Ia adalah tempat paling lembap di Afrika


6. DEBUNDSCHA, CAMEROON

Hasil carian imej untuk DEBUNDSCHA

Debundscha adalah sebuah kampung di wilayah selatan-barat republik Kamerun. Ia terletak di kaki Gunung Cameroon di sudut barat dayanya yang menghadap menghadap lautan Atlantik selatan di pantai Cameroon. Debundscha mempunyai iklim yang sangat basah dengan kira-kira 10,299 milimeter (405.5 in) hujan turun setiap tahun.


7. BIG BOG, HAWAI

Hasil carian imej untuk BIG BOG, HAWAI

Walaupun mengalami hujan berterusan, Big Bog adalah tarikan pelancong utama di Maui kerana pemandangannya yang subur. Curah hujan yang luar biasa disebabkan oleh angin timur yang membawa kelembapan dari Pasifik ke arah pergunungan yang curam. Purata hujan tahunan adalah 10,272mm.


8.  GUNUNG WAIALEALE, HAWAI

Hasil carian imej untuk BIG BOG, HAWAI

Nama Gunung Waialeale bermaksud "air yang melimpah". Hujan di sekitar gunung berapi ini sangat basah dan licin. Penyelidik percaya bahawa bentuk puncak yang menjadikannya begitu hujan. Purata hujan yang dicatatkan adalah sebanyak 9763 mm hujan sepanjang tahun.


9. KUKUI, HAWAI

Hasil carian imej untuk kukui hawai rain

Pu'u Kukui (Hawaiian: "Bukit Candlenut") adalah puncak gunung di daerah Maui, pulau Maui barat, Hawaii, Amerika Syarikat. Dengan 1,764 meter (5,787 kaki), ia adalah puncak tertinggi Mauna Kahalawai (West Maui Mountains). Puncak itu dibentuk oleh gunung berapi yang kaldera terkikis dengan apa yang kini Lembah Ī'ao. Purata isipadu hujan setahun adalah sebanyak 9293 mm.


10. EMEI SHAN, CHINA

Hasil carian imej untuk EMEI SHAN, CHINA

Gunung Emei adalah gunung di Daerah Sichuan, China yang merupakan salah satu dari Empat Gunung Buddha China. Ia adalah tempat paling lembap di China. Purata jumlah hari menerima hujan adalah 255 hari setahun. Hujan adalah sangat lebat pada musim panas, dan lebih daripada 70% daripada jumlah tahunan berlaku dari bulan Jun hingga September, akibat pengaruh musim monsun.