Tuesday, 2 April 2019

ISRAK MIKRAJ SECARA RINGKAS

Pada setiap 27 haribulan Rejab menurut kalendar Islam, umat Islam akan meraikan perisitwa Israk Mikraj. Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa yang berlaku melibatkan Rasulullah melalui turunnya Malaikat Jibrail. 

ISRAK : Perjalanan RASULULLAH S.A.W dari masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin.
MIKRAJ : Perjalanan naik Rasulullah s.a.w dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

1. Peristiwa Israk Mikraj berlaku setiap 27 Rejab setiap tahun.
2. Peristiwa itu berlaku pada tahun 721, selepas berlakunya dua peristiwa besar dalam kehidupan Rasulullah.
3. Rasulullah saw. kematian pakciknya iaitu Abu Talib yang dianggap sebagai ayah oleh Rasulullah.
4. Peristiwa kedua pula adalah kematian isteri Rasulullah, Siti Khadijah dalam tahun yang sama yang membuatkan Rasulullah berada dalam keadaan duka. Kehilangan dua individu itu yang senantiasa menyokongnya membuatkan Rasullulah benar-benar ditimpa kesedihan.


5. Kerana murung, pergerakan dakwah Rasulullah menjadi perlahan sehingga akhirnya orang kafir Quraisy menganggu baginda membuatkan baginda beredar ke Taif. Di Taif pun baginda mengalami nasib serupa. Akhirnya baginda pulang ke Mekah.

6. Dilanda kemurungan yang berpanjangan, Allah swt. memerintahkan Malaikat Jibrail untuk membawa Rasulullah melalui Israk atau maksudnya "dibawa berjalan" dan Mikraj ataupun "diangkat ke atas."

7. Sebelum memulakan perjalanan, Malaikat Jibrail terlah terlebih dahulu membedah dada Rasulullah saw. dengan membersihkan hatinya, membuang ketul hitam dan dicuci dengan air zam-zam. Kemudian hatinya diisi dengan segala kebaikan iman dan hikmah, kemudian dadanya dicantumkan semula.
8. Selesai pembedahan, didatangkan sejenis binatang bernama Buraq untuk ditunggang Rasulullah. Menurut pendapat, Buraq adalah binatang yang dihasilkan daripada cahaya dan berkebolehan bergerak sekelip mata.
9. Dengan menaiki Buraq, Rasulullah melalui beberapa tempat sambil diiringi Malaikat Jibrail. Setiap lokasi tersebut iaitu negeri Thaibah atau Madinah yang akan menjadi tempat penghijrahan, Bukit Tursina tempat Nabi Musa as. mendapat wahyunya dan Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa as. Pada setiap persinggahan, Rasulullah saw. akan bersolat dua rakaat.

10. Selepas itu mereka tiba di lokasi Masjd Al-Aqsa, Baitulmuqaddis, Palestin. Setiba Rasulullah saw. di sana, Malaikat Jibrail menguji Rasulullah dengan dua hidangan susu dan arak. Rasulullah saw. memilih susu sebagai minumannya.
11. Selesai proses Israk, Rasulullah diangkat ke langit melepasi tujuh lapis langit menaiki tangga yang datangnya dari syurga. Ini adalah permulaan proses Mikraj.
iluminasi israk mikraj melayu malaysia2
12. Sepanjang perjalanan menaiki tangga merentasi langit, Rasulullah saw. bertemu dengan Nabi Adam as, Nabi Isa, Nabi Yahya, Nabi Yusof, Nabi Idris, Nabi Harun, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim.
13. Sampai di tingkat teratas, Rasulullah saw. telah sampai ke tempat yang dinamakan Hadhratul Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab yang membolehkan Rasulullah saw. melihat sendiri Allah swt. dengan matanya.
14. Allah swt. memerintahkan Rasulullah saw. mengangkat kepalanya dari sujud lalu memohonlah apa saja yang pasti Allah swt. perkenankan.
15. Lalu Rasulullah berkata,"Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil (sahabat baik) dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan."
16. Lalu Allah swt. memberitahu Rasulullah semula," Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah (ayat Kursi) sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd (panji penghulu segala umat) maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang."
17. Selepas mendengar pesanan Allah swt. itu, Rasulullah saw. bermunajat lalu bertemu kembali dengan Nabi Ibrahim as. dan Nabi Musa as. Nabi Musa as. bertanya kepada Rasulullah saw. apa yang diperintahkan oleh Allah swt. kepadanya. Rasulullah pun berkata yang Allah swt. memerintahkan umatnya bersolat fardu 50 kali sehari.
18. "Kembalilah pada Tuhanmu kerana para pengikutmu tidak akan sanggup mengerjakan perintah itu," kata Nabi Musa as.
19. Rasulullah pun kembali mengadap Allah swt. lalu memohon dikurangkan fardhu solat daripada 50 kepada 5 waktu. Melihat rayuan Rasulullah itu selepas sembilan kali Rasulullah saw. merayu, Allah swt. mengurangkan keperluan kewajipan solat 50 waktu menjadi 5 waktu dengan ganjaran yang sama dengan solat 50 waktu. Pada zaman itu, kewajipan bersolat 5 waktu belum ada dan hanya wajib solat 2 rakaat pada waktu pagi dan 2 rakaat pada waktu petang/malam.
20. Rasulullah juga ketika dilangit dibawa melihat syurga dan neraka, kemudian beliau turun semula ke bumi kembali di Masjid al-Aqsa untuk kembali semula ke Mekah menaiki Buraq yang ditambat di Masjid al-Aqsa.
21. Rasulullah saw. melakukan perjalanan dari Mekah ke Baitul Muqaddis, diangkat kelangit bertemu para Rasul dan Allah swt., turun semula ke Baitul Muqaddis dan pulang ke Mekah dalam masa 1 malam sahaja.

PERISTIWA AJAIB SEWAKTU ISRA MIKRAJ

Peristiwa Ajaib


Pada malam berlakunya Isra Mikraj, nabi Muhammad telah melihat beberapa perkara aneh.

1.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. 

Rasulullah diberitahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.” 


2.   Tempat yang berbau harum. Rasulullah diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah سبحانه وتعالى  (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).


3.   Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah : Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”

4.   Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”


5.  Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.

6.   Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.”


7.       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”

8.  Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”


9.  Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”

10.   Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”


11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah  memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.



13.   Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


iluminasi israk mikraj melayu malaysia

5 FASA KEHIDUPAN UMMAT ISLAM



Umur ummat islam terbahagi kepada 5 peringkat.

Pertama 
Tempoh : (13thn di Mekah dan 10thn di Madinah)
zaman Nubuwwah. Yakni, zaman kenabian. Bermula dari zaman Nabi Adam Alaihis Salam sampai baginda Nabi Muhammad ﷺ.

Kedua
Tempoh : (30 tahun)
zaman Khilafah l. Yakni, pada masa ini kepemimpinan dipegang oleh sahabat-sahabat Nabi. iaitu, Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali ra.

Ketiga
Tempoh : (1227 tahun)
zaman Al-Mulk (kerajaan). Fasa ketiga ini adalah sewaktu berakhir/ runtuhnya Dinasti Utsmani di Turki. Jika di Indonesia Majapahit, Sriwijaya, Galu dan sebagainya.

Keempat
Tempoh :sekarang dan sehingga turunnya imam mahdi
 zaman Jababiro. Yakni, zaman kebebasan maksiat dimana-mana. KITA BERADA DI ZAMAN INI!!!.. Fitnah-fitnah bertebaran untuk melemahkan kaum Muslimin. Orang-orang yang tidak cakap benar/dzalim menjadi penguasa (pemimpin). Jumlah ummat Islam banyak tetapi bagaikan buih di atas laut (sedikit yang berjihad untuk membela Islam). Maksiat berleluasa. Solat dipandang remeh.

Kelima
Tempoh : 9 tahun (anggaran)
zaman Khilafah ll. Zaman yang mana suasana seperti pada zaman Rasulullah ﷺ. Turun nya imam mahdi dan umat Islam akan dipimpin Imam Mahdi. Tetapi, hanya berlaku lebih kurang 9 tahun. Pada zaman ini pula Dajjal muncul, Nabi Isa Alaihis Salam juga muncul ditugaskan untuk membunuh Dajjal dan meng-Islamkan orang-orang Nashrani.


Image result for 5 fase kehidupan

Sunday, 1 July 2018

15 HUKUMAN MATI PALING MENGERIKAN


15. Buried Alive

14. Snake Pit
Mangsa akan dicampak kedalam lubang yang diletakkan ular berbisa dan dibiarkan mangsa dipatuk smpai mati

13. The Spanish Tickler
Alat penyiksaan ini digunakan di Eropah sehingga abad pertengahan.Alat tersebut akan menggaru kulit mangsa sehingga robek dan menampakkan tulang.mangsa seksaan kadang2 akan diikat secara bogel dan bahagian wajah dan leher dibiarkan untuk tatapan


12. Slow Slicing
Ling Chi, diterjemahkan sebagai "lambat menghiris" atau "Kematianyang masih tersisa". Bentuk penyiksaan nya adalah dengan menghiris perlahan-lahan kulit mangsa sehingga mangsa meninggal.

11. Burning at the Stake

Mangsa akan diikat ditiang dan dibakar secara perlahan dihadapan orang ramai. Biasanya tiang yg diikat adalah berpusat di pusat bandar atau kota.
10. Necklacing
Necklacing' adalah seperti tayar getah yang di isi dengan benda berat sperti batu, simen dan diletakkan didada dan lengan mangsa.tayar kemudian akan dibakar dan menyebabkan tubuh mangsa akn meleleh terbakar bersama dengan tayar tersebut. 


9. Execution by Elephant

Di Selatan Asia dan Tenggara, Gajah telah menjadi metode hukuman mati selama ribuan tahun. Gajah dilatih untuk perlahan-lahan menyiksa dengan memijak badan mangsa.

8. The Five Pains
Hukuman dijalankan dengan memotong hidung mangsa diikuti dengan satu tanga kemudian satu kaki.seterusnya badan mangsa ditetak di pinggang sehingga terbelah dua.

7. Colombian Necktie
Kaedah pelaksanaan hukuman adalah dimana leher mangsa dikelardengan pisau atau objek tajam yang lain dan lidah ditarik keluarmelalui luka terbuka yang dihiris dileher mangsa.... 

6. Hanged, Drawn, and Quartered
Mangsa diikat pada bingkai kayudan diheret ke tempat hukuman akan dilaksanakan. seterusnya, mangsa digantung dengan leher ke bawah dan isi perut dikeluarkan dan dibakar bersama dengan kemaluan dihadapan mangsa.Kemudian mangsa akan ditetak kepada empat bahagian.

5. Cement shoes
Mangsa hukuman ini akan diikat dan disimen kaki sehingga simen keras kemudian dicampak mangsa ke dalam lautan.

4. Guillotine
Terdiri dari pisau tajam diikatkan pada tali, kepala mangsa diletakkan di tengah-tengah frame dan kemudian pisau jatuh bagaikan kilat, menyebabkan orang yang dipenggal mati serta merta.

3. Republican Marriage
Mangsa hukuman yang melibatkan lelaki dan perempuan. Mangsa yangdiikat bertelanjang bersama-sama dan dilemaskan mereka dalam air. Ada juga mengatakan mangsa akan diseksa dengan pedang sehingga mati.

2. Crucifixion
Mangsa akan diikat kaki dan tangan dan dipaku dengan kuat. Mangsa kemudian dijulang tinggi-tinggi dan dibiarkan mati.

1. The Brazen Bull
Mangsa akan dimasukkan dalam sebuah peti besi berbentuk lembu dan peti besi itu akan dinyalakan api dibawahnya secara perlahan-lahan. mangsa akan menggelupur dan akan mati secara perlahan-lahan.