Peristiwa Ajaib
Pada malam berlakunya Isra Mikraj, nabi Muhammad telah melihat beberapa perkara aneh.
1.Kaum
yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai,
hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini
berlaku berulang-ulang.
Rasulullah ﷺ
diberitahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang
digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan
yang lebih banyak.”
2. Tempat
yang berbau harum. Rasulullah ﷺ
diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut
anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap
untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh
beriman kepada Allah سبحانه وتعالى (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai
Tuhan).”
3. Sekumpulan
orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala
mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka
untuk sujud (solat).”
4. Sekumpulan
orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari
neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan
zakat harta mereka.”
5. Satu
kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan
daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing²
mempunyai isteri / suami.”
6. Lelaki
yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah
orang yang makan riba`.”
7.
Lelaki
yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah
lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan
amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
8. Satu
kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi
berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan
sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
9. Kaum
yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata
Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
10.
Seekor
lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya
semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar
(Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
11. Seorang
perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah
dunia. “Jika Rasulullah ﷺ memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
12. Seorang
perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya
sampai ke tua.”
13. Seorang
perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ
untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.”
No comments:
Post a Comment