70% sahaja ular bertelur
Hanya 70 peratus sahaja ular dalam
dunia yang bertelur. Yang lagi 30 peratus ular pula tergolong dalam dua
kategori: beranak dan kombinasi bertelur dan beranak. Ular yang bertelur ialah
ular yang tergolong dalam keluarga Oviparous. Ular oviparous seperti
King Cobra, akan bertelur di sarangnya dan akan mengeram telur-telurnya
sehingga menetas seperti yang umumnya kita ketahui. Lagi 30 peratus ular pula dibahagikan kepada 2
jenis iaitu viviparous dan ovoviviparous
1.Viviparous : Jenis Beranak
Viviparous. Ular viviparous seperti ular Boa langsung tak
bertelur. Dalam erti kata lain, ular jenis ini beranak sahaja. Ibu ular
daripada kalangan viviparous akan membekalkan segala nutrien dan oksigen yang
diperlukan oleh janin yang sedang membesar (anak ular) dan menyingkirkan bahan
perkumuhan yang dihasilkan anak ular menerusi plasenta dan yolk sac (kantung
yang mengandungi kuning telur).
2. Ovoviviparous : Jenis
beranak + bertelur
Ovoviviparous merupakan
gabungan perkataan Oviparous dan Viviparous. Seperti asal usul namanya, ular
dalam keluarga Ovoviviparous 'bertelur dan beranak'. Ular betina akan
menghasilkan dan menyimpan telur dalam badannya dan anak ular akan membesar
dalam telur di dalam badan ibu ular sehingga menetas. Selepas menetas, barulah
anak-anak ular dilahirkan ke dunia. Dalam bahasa mudah, telur-telur tersebut
diramkan di dalam badan ibu ular . Contoh ular ovoviviparous pula ialah ular
orok-orok.
Sebenarnya, bukan semua
haiwan reptilia bertelur. Selain ular, reptilia seperti sesetengah jenis cicak
dan chamelon juga beranak. Kesimpulannya, bukan semua haiwan yang tergolong
dalam sesetengah kategori, sama cara pembiakkannya. Jangan terkejut kalau
haiwan berdarah panas seperti haiwan mamalia pun ada yang bertelur.
Boa betina boleh
menghasilkan anak dengan sendirinya
Boa adalah antara spesis
ular yang pelik di dunia. Boa betina boleh melahirkan anak tanpa memerlukan
proses persenyawaan dengan Boa jantan. Proses yang berlaku adalah proses yang
digelar Parthenogenesis di mana, proses ini biasanya berlaku
pada tumbuh-tumbuhan sahaja.
Boa betina yang
melahirkan anak melalui proses aseks Parthenogenesis ini, hanya akan melahirkan
anak ular betina sahaja dan membawa genetik yang serupa dengan ibunya. Untuk
mendapatkan anak ular jantan, Boa betina perlu menjalankan proses persenyawaan
dengan Boa jantan.
No comments:
Post a Comment