1. 1 daripada 5000 udang galah di Selatan Atlantik adalah berwarna biru terang.
2. Madu adalah makanan yang tidak akan rosak dan ia boleh bertahan sehingga 3000 tahun. Subhanallah!
3.Orang Eskimo menggunakan peti sejuk untuk mengelakkan makanan dari menjadi beku.
4.Rakyat Amerika membuang 2.5 juta botol plastik setiap 1 jam di mana setiap botol mengambil masa 500 tahun untuk dinyahkan dari bumi.
5. Akibat dari pencemaran udara yang kritikal di China, gambar Great Wall of China tidak dapat dilihat dengan jelas melalui angkasa.
6.Beribu-ribu hidupan marin mati akibat tersalah makan beg plastik yang disangkakan obor-obor.
7.Menghirup udara di kotaraya Mumbai, India untuk sehari adalah sama seperti anda menghisap rokok 100 batang sehari.
8.Burung Belatuk boleh mematuk pokok sehingga 20 kali dalam sesaat !
9.Menurut syarikat yang menguruskan anti virus, terdapat 70,000 virus baru yang ditemui setiap hari.
10. Di German, tidak ada hukuman kepada banduan yang cuba melarikan diri dari penjara kerana kerajaan German menyifatkan melarikan diri itu adalah lumrah manusia untuk hidup bebas.
11.Sebanyak 204 juta email dihantar oleh pengguna Internet setiap minit di seluruh dunia.
12.Scientist akhirnya mengesahkan bahawa ayam terlebih dahulu dijadikan bukan nya telur. Hal ini kerana protein yang membina kulit telur hanya berlaku hasil daripada seekor ayam betina.
13.Hujan mengandungi vitamin B12 !
14.Letusan gunung berapi Krakatoa di Indonesia yang meletus pasa 1883 adalah yang paling kuat pernah dicatatkan dalam sejarah. Ia dapat didengar sehingga 4800km jauhnya !
15.Kumbang mempunyai 5 mata! subhanallah....
16.Leher seekor zirafah boleh mencapai sehingga 6 kaki panjang bersamaan dengan 1.8 meter.
17.GOOGLE pada mula penubuhannya diberi nama BACKRUB
18. Apabila anda mendapat sesuatu maklumat baru atau mempelajari sesuatu yang baru, struktut otak anda akan berubah.
19.Kajian menunjukkan, seseorang individu yang selalu bersarapan pagi dan makan makan di restoran/kedai makan adalah 2kali ganda mendapat risiko obesiti.
20. Hampir 1 Billion manusia yang tidur dalam kelaparan setiap malam! jadi ingatlah kita..makan tu berpada2... syukur dengan rezeki Allah...
Thursday, 16 July 2015
Friday, 10 July 2015
10 TEMPAT PALING RAHSIA DI DUNIA
10. LASCAUX CAVES, FRANCE
Pada tahun 1940, empat remaja telah menemui gua dan lukisan-lukisan prasejarah di barat daya Perancis. Lukisan-lukisan lembu, kuda, anak panah dan perangkap yang dipercaayai di lukis lebih kurang 15000 SM atau lebih awal. Pada mulanya tempat ini terbuka kepada orang ramai namun kerajaan Perancis menutupnya kepada orang awam pada tahun 1963 kerana telah berlakunya kerosakan.
9. ROOM 39, PYONGYANG KOREA UTARA
Bilik 39 di Pyongyang dianggap sebagai salah satu rahsia Korea Utara. Ia dipercayai dibina oleh pemimpin Korea Utara Kim Jong Il pada tahun 1970-an. Musuh Korea Utara termasuk Amerika Syarikat mengatakan bahawa bilik 39 ini adalah tempat dadah, penjualan senjata dan pelbagai lagi aktiviti yang tidk sihat.
8. WHITE GENTLEMAN'S CLUB
White's Gentleman's Club adalah kelab lelaki paling eksklusif di London. Wanita, kecuali Ratu Elizabeth II, tidak dibenarkan masuk. Lelaki yang ingin menyertai kelab ini mesti mempunyai 35 tandatangan oleh ahli kelab dan senarai menunggu agak panjang. Kedua-dua Putera Charles dan Putera William dilaporkan sebagai ahli.
7.PENJARA ADX FLORENCE, CALIFORNIA
Penjara ADX Florence dibuka pada tahun 1994 dan merupakan penjara padat persekutuan tunggal negara. Ia menampung sehingga 500 tahanan yang membelanjakan sebahagian besar masa mereka dalam keadaan terkurung. Pengebom Oklahoma City Terry Nichols, Unabomber Ted Kaczynski, dan pengebom Olimpik Atlanta Eric Rudolph semuanya menghabiskan masa di penjara. Penjara telah menjadi tumpuan perdebatan mengenai penjara bersendirian yang melampau dan sama ada ia terlalu kejam kepada penghuni.
6. MEZHGORYE, RUSSIA
Bandar tentera Mezhgorye di Bashkortostan, Russia kekal di bawah pengawasan berat dan ditutup kepada orang ramai. Ia dikatakan sebagai sebuah bandar yang memiliki tenaga nuklear.
5.MOUNT WEATHER EMERGENCY OPERATIONS CENTER,VIRGINIA
Mount Weather Emergency Operations Center (MWEOC) adalah kemudahan FEMA (Federal Emergency Management Agency - agensi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat yang pada mulanya dicipta oleh Pelan Penyusunan Semula Presiden No. 3 tahun 1978 dan dilaksanakan oleh dua Pesanan Eksekutif pada 1 April 1979. MWEOC mencapai keluasan 564 ekar tinggi yang terletak di Blue Ridge Mountains, kira-kira 64 batu di barat Washington, D.C. Ia dikenali sebagai Mount Weather atau Gunung Cuaca.
4. METRO 2, MOSCOW RUSSIA
Metro 2 adalah rangkaian rahsia terowong bawah tanah yang dijalankan di bawah tanah di semua Bandar Moscow. Ia dipercayai telah dibuat semasa pemerintahan Stalin dan diperluas semasa Perang Dingin. Jika perang nuklear berlaku di antara Rusia dan AS, terowong ini menghubungkan lokasi kerajaan yang paling penting dan tempat penting lain seperti Kremlin dan Lapangan Terbang Antarabangsa Moscow.
3. BOHEMIAN GROVE, MOUNT RIO, CALIFORNIA
Beberapa orang yang paling berkuasa di dunia dikatakan berkumpul setiap tahun pada bulan Julai di perkhemahan yang seluas 2,700 ekar di Gunung Rio. Terletak di tengah-tengah California Redwoods, ia dianggap sebagai tapak ceramah rahsia serta upacara penyembahan iaitu Druid atau perayaan alam semula jadi. Bohemian Grove didakwa sebagai tapak pertemuan untuk membincangkan Projek Manhattan, yang menyebabkan perkembangan bom atom.
2. CLUB 33, DISNEYLAND CALIFORNIA
Club 33 yang terletak di atas New Orleans Square di Disneyland, adalah restoran lima bintang eksklusif dengan keahlian yang sangat terhad. Hanya selebriti, pemimpin perniagaan, presiden, dan pemimpin dunia yang boleh menjadi tetamu.
1.VATICAN SECRET ARCHIVES,
VATICAN CITY
VATICAN CITY
Arkib Rahsia Vatican yang menyimpan dokumen rahsia dan artifak bersejarah lain. Antara artifaknya ialah patung Rom, buku rahsia, dan dokumen ahli sains terkenal seperti Issac Newton dan Galileo Galilei. Ia juga mengandungi dokumen-dokumen pengadilan dari abad ke-14 seperti Knights Templar, pahlawan yang dituduh bidaah dan surat 1887 dari suku asli Amerika Ojibwe Ontario untuk Paus Leo XIII.
Saturday, 4 July 2015
ULAR BERTELUR DAN BERANAK
70% sahaja ular bertelur
Hanya 70 peratus sahaja ular dalam
dunia yang bertelur. Yang lagi 30 peratus ular pula tergolong dalam dua
kategori: beranak dan kombinasi bertelur dan beranak. Ular yang bertelur ialah
ular yang tergolong dalam keluarga Oviparous. Ular oviparous seperti
King Cobra, akan bertelur di sarangnya dan akan mengeram telur-telurnya
sehingga menetas seperti yang umumnya kita ketahui. Lagi 30 peratus ular pula dibahagikan kepada 2
jenis iaitu viviparous dan ovoviviparous
1.Viviparous : Jenis Beranak
Viviparous. Ular viviparous seperti ular Boa langsung tak
bertelur. Dalam erti kata lain, ular jenis ini beranak sahaja. Ibu ular
daripada kalangan viviparous akan membekalkan segala nutrien dan oksigen yang
diperlukan oleh janin yang sedang membesar (anak ular) dan menyingkirkan bahan
perkumuhan yang dihasilkan anak ular menerusi plasenta dan yolk sac (kantung
yang mengandungi kuning telur).
2. Ovoviviparous : Jenis
beranak + bertelur
Ovoviviparous merupakan
gabungan perkataan Oviparous dan Viviparous. Seperti asal usul namanya, ular
dalam keluarga Ovoviviparous 'bertelur dan beranak'. Ular betina akan
menghasilkan dan menyimpan telur dalam badannya dan anak ular akan membesar
dalam telur di dalam badan ibu ular sehingga menetas. Selepas menetas, barulah
anak-anak ular dilahirkan ke dunia. Dalam bahasa mudah, telur-telur tersebut
diramkan di dalam badan ibu ular . Contoh ular ovoviviparous pula ialah ular
orok-orok.
Sebenarnya, bukan semua
haiwan reptilia bertelur. Selain ular, reptilia seperti sesetengah jenis cicak
dan chamelon juga beranak. Kesimpulannya, bukan semua haiwan yang tergolong
dalam sesetengah kategori, sama cara pembiakkannya. Jangan terkejut kalau
haiwan berdarah panas seperti haiwan mamalia pun ada yang bertelur.
Boa betina boleh
menghasilkan anak dengan sendirinya
Boa adalah antara spesis
ular yang pelik di dunia. Boa betina boleh melahirkan anak tanpa memerlukan
proses persenyawaan dengan Boa jantan. Proses yang berlaku adalah proses yang
digelar Parthenogenesis di mana, proses ini biasanya berlaku
pada tumbuh-tumbuhan sahaja.
Boa betina yang
melahirkan anak melalui proses aseks Parthenogenesis ini, hanya akan melahirkan
anak ular betina sahaja dan membawa genetik yang serupa dengan ibunya. Untuk
mendapatkan anak ular jantan, Boa betina perlu menjalankan proses persenyawaan
dengan Boa jantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)