Thursday 16 July 2015

TAHUKAH ANDA?

1. 1 daripada 5000 udang galah di Selatan Atlantik adalah berwarna biru terang.


2. Madu adalah makanan yang tidak akan rosak dan ia boleh bertahan sehingga 3000 tahun. Subhanallah!

3.Orang Eskimo menggunakan peti sejuk untuk mengelakkan makanan dari menjadi beku.

4.Rakyat Amerika membuang 2.5 juta botol plastik setiap 1 jam di mana setiap botol mengambil masa 500 tahun untuk dinyahkan dari bumi. 

5. Akibat dari pencemaran udara yang kritikal di China, gambar Great Wall of China tidak dapat dilihat dengan jelas melalui angkasa. 

6.Beribu-ribu hidupan marin mati akibat tersalah makan beg plastik yang disangkakan obor-obor.

7.Menghirup udara di kotaraya Mumbai, India untuk sehari adalah sama seperti anda menghisap rokok 100 batang sehari. 

8.Burung Belatuk boleh mematuk pokok sehingga 20 kali dalam sesaat !

9.Menurut syarikat yang menguruskan anti virus, terdapat 70,000 virus baru yang ditemui setiap hari.

10. Di German, tidak ada hukuman kepada banduan yang cuba melarikan diri dari penjara kerana kerajaan German menyifatkan melarikan diri itu adalah lumrah manusia untuk hidup bebas.

11.Sebanyak 204 juta email dihantar oleh pengguna Internet setiap minit di seluruh dunia.

12.Scientist akhirnya mengesahkan bahawa ayam terlebih dahulu dijadikan bukan nya telur. Hal ini kerana protein yang membina kulit telur hanya berlaku hasil daripada seekor ayam betina. 

13.Hujan mengandungi vitamin B12 !

14.Letusan gunung berapi Krakatoa di Indonesia yang meletus pasa 1883 adalah yang paling kuat pernah dicatatkan dalam sejarah. Ia dapat didengar sehingga 4800km jauhnya !

15.Kumbang mempunyai 5 mata! subhanallah....

16.Leher seekor zirafah boleh mencapai sehingga 6 kaki panjang bersamaan dengan 1.8 meter.

17.GOOGLE pada mula penubuhannya diberi nama BACKRUB

18. Apabila anda mendapat sesuatu maklumat baru atau mempelajari sesuatu yang baru, struktut otak anda akan berubah.

19.Kajian menunjukkan, seseorang individu yang selalu bersarapan pagi dan makan makan di restoran/kedai makan adalah 2kali ganda mendapat risiko obesiti.

20. Hampir 1 Billion manusia yang tidur dalam kelaparan setiap malam! jadi ingatlah kita..makan tu berpada2... syukur dengan rezeki Allah...

Friday 10 July 2015

10 TEMPAT PALING RAHSIA DI DUNIA


10. LASCAUX CAVES, FRANCE

Hasil carian imej untuk LASCAUX CAVES, FRANCE


Pada tahun 1940, empat remaja telah menemui gua dan lukisan-lukisan prasejarah di barat daya Perancis. Lukisan-lukisan lembu, kuda, anak panah dan perangkap yang dipercaayai di lukis lebih kurang 15000 SM atau lebih awal. Pada mulanya tempat ini terbuka kepada orang ramai namun kerajaan Perancis menutupnya kepada orang awam pada tahun 1963 kerana telah berlakunya kerosakan.



9. ROOM 39, PYONGYANG KOREA UTARA

Hasil carian imej untuk ROOM 39, PYONGYANG KOREA UTARA

Bilik 39 di Pyongyang dianggap sebagai salah satu rahsia Korea Utara. Ia dipercayai  dibina oleh pemimpin Korea Utara Kim Jong Il pada tahun 1970-an. Musuh Korea Utara termasuk Amerika Syarikat mengatakan bahawa bilik 39 ini adalah tempat dadah, penjualan senjata dan pelbagai lagi aktiviti yang tidk sihat.


8.  WHITE GENTLEMAN'S CLUB 

Hasil carian imej untuk WHITE GENTLEMAN'S CLUB

White's Gentleman's Club adalah kelab lelaki paling eksklusif di London. Wanita, kecuali Ratu Elizabeth II, tidak dibenarkan masuk. Lelaki yang ingin menyertai kelab ini mesti mempunyai 35 tandatangan oleh ahli  kelab dan senarai menunggu agak panjang. Kedua-dua Putera Charles dan Putera William dilaporkan sebagai ahli. 


7.PENJARA ADX FLORENCE, CALIFORNIA

Hasil carian imej untuk PENJARA ADX FLORENCE, CALIFORNIA

Penjara ADX Florence dibuka pada tahun 1994 dan merupakan penjara padat persekutuan tunggal negara. Ia menampung sehingga 500 tahanan yang membelanjakan sebahagian besar masa mereka dalam keadaan terkurung. Pengebom Oklahoma City Terry Nichols, Unabomber Ted Kaczynski, dan pengebom Olimpik Atlanta Eric Rudolph semuanya menghabiskan masa di penjara. Penjara telah menjadi tumpuan perdebatan mengenai penjara bersendirian yang melampau dan sama ada ia terlalu kejam kepada penghuni.


6. MEZHGORYE, RUSSIA

Hasil carian imej untuk MEZHGORYE, RUSSIA

Bandar tentera Mezhgorye di  Bashkortostan, Russia kekal di bawah pengawasan berat dan ditutup kepada orang ramai. Ia dikatakan sebagai sebuah bandar yang memiliki tenaga nuklear.


5.MOUNT WEATHER EMERGENCY OPERATIONS CENTER,VIRGINIA

Hasil carian imej untuk MOUNT WEATHER EMERGENCY OPERATIONS CENTER,VIRGINIA

Mount Weather Emergency Operations Center  (MWEOC) adalah kemudahan FEMA (Federal Emergency Management Agency - agensi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat yang pada mulanya dicipta oleh Pelan Penyusunan Semula Presiden No. 3 tahun 1978 dan dilaksanakan oleh dua Pesanan Eksekutif pada 1 April 1979. MWEOC mencapai keluasan  564 ekar tinggi  yang terletak di Blue Ridge Mountains, kira-kira 64 batu di barat Washington, D.C. Ia dikenali sebagai Mount Weather atau Gunung Cuaca. 


4. METRO 2, MOSCOW RUSSIA

Imej yang berkaitan

Metro 2 adalah rangkaian rahsia terowong bawah tanah yang dijalankan di bawah tanah di semua Bandar Moscow. Ia dipercayai telah dibuat semasa pemerintahan Stalin dan diperluas semasa Perang Dingin. Jika perang nuklear berlaku di antara Rusia dan AS, terowong ini menghubungkan lokasi kerajaan yang paling penting dan tempat penting lain seperti Kremlin dan Lapangan Terbang Antarabangsa Moscow.


3. BOHEMIAN GROVE, MOUNT RIO, CALIFORNIA

Hasil carian imej untuk BOHEMIAN GROVE, MOUNT RIO, CALIFORNIA

Beberapa orang yang paling berkuasa di dunia dikatakan berkumpul setiap tahun pada bulan Julai di perkhemahan yang seluas 2,700 ekar di Gunung Rio. Terletak di tengah-tengah California Redwoods, ia dianggap sebagai tapak ceramah rahsia serta upacara  penyembahan iaitu Druid atau perayaan alam semula jadi. Bohemian Grove didakwa sebagai tapak pertemuan untuk membincangkan Projek Manhattan, yang menyebabkan perkembangan bom atom.


2. CLUB 33, DISNEYLAND CALIFORNIA

Hasil carian imej untuk CLUB 33, DISNEYLAND CALIFORNIA

Club 33 yang terletak di atas New Orleans Square di Disneyland, adalah restoran lima bintang eksklusif dengan keahlian yang sangat terhad. Hanya selebriti, pemimpin perniagaan, presiden, dan pemimpin dunia yang boleh menjadi tetamu. 


1.VATICAN SECRET ARCHIVES,
  VATICAN CITY


Hasil carian imej untuk VATICAN SECRET ARCHIVES, VATICAN CITY

Arkib Rahsia Vatican yang menyimpan dokumen rahsia dan artifak bersejarah lain. Antara artifaknya ialah patung Rom, buku rahsia, dan dokumen ahli sains terkenal seperti Issac Newton dan Galileo Galilei. Ia juga mengandungi dokumen-dokumen pengadilan dari abad ke-14  seperti Knights Templar, pahlawan yang dituduh bidaah dan surat 1887 dari suku asli Amerika Ojibwe Ontario untuk Paus Leo XIII.






Saturday 4 July 2015

ULAR BERTELUR DAN BERANAK


70% sahaja ular bertelur

Hanya 70 peratus sahaja ular dalam dunia yang bertelur. Yang lagi 30 peratus ular pula tergolong dalam dua kategori: beranak dan kombinasi bertelur dan beranak. Ular yang bertelur ialah ular yang tergolong dalam keluarga Oviparous. Ular oviparous seperti King Cobra, akan bertelur di sarangnya dan akan mengeram telur-telurnya sehingga menetas seperti yang umumnya kita ketahui. Lagi 30 peratus ular pula dibahagikan kepada 2 jenis iaitu viviparous dan ovoviviparous



1.Viviparous : Jenis Beranak   


Viviparous. Ular viviparous seperti ular Boa langsung tak bertelur. Dalam erti kata lain, ular jenis ini beranak sahaja. Ibu ular daripada kalangan viviparous akan membekalkan segala nutrien dan oksigen yang diperlukan oleh janin yang sedang membesar (anak ular) dan menyingkirkan bahan perkumuhan yang dihasilkan anak ular menerusi plasenta dan yolk sac (kantung yang mengandungi kuning telur).

gambar ular beranak




2. Ovoviviparous : Jenis beranak + bertelur
Ovoviviparous merupakan gabungan perkataan Oviparous dan Viviparous. Seperti asal usul namanya, ular dalam keluarga Ovoviviparous 'bertelur dan beranak'. Ular betina akan menghasilkan dan menyimpan telur dalam badannya dan anak ular akan membesar dalam telur di dalam badan ibu ular sehingga menetas. Selepas menetas, barulah anak-anak ular dilahirkan ke dunia. Dalam bahasa mudah, telur-telur tersebut diramkan di dalam badan ibu ular . Contoh ular ovoviviparous pula ialah ular orok-orok.
Sebenarnya, bukan semua haiwan reptilia bertelur. Selain ular, reptilia seperti sesetengah jenis cicak dan chamelon juga beranak. Kesimpulannya, bukan semua haiwan yang tergolong dalam sesetengah kategori, sama cara pembiakkannya. Jangan terkejut kalau haiwan berdarah panas seperti haiwan mamalia pun ada yang bertelur.

Hasil carian imej untuk ular bertelur
Boa betina boleh menghasilkan anak dengan sendirinya
Boa adalah antara spesis ular yang pelik di dunia. Boa betina boleh melahirkan anak tanpa memerlukan proses persenyawaan dengan Boa jantan. Proses yang berlaku adalah proses yang digelar Parthenogenesis di mana, proses ini biasanya berlaku pada tumbuh-tumbuhan sahaja.


Boa betina yang melahirkan anak melalui proses aseks Parthenogenesis ini, hanya akan melahirkan anak ular betina sahaja dan membawa genetik yang serupa dengan ibunya. Untuk mendapatkan anak ular jantan, Boa betina perlu menjalankan proses persenyawaan dengan Boa jantan.