Wednesday, 12 April 2017

20 FAKTA TENTANG ISLAM

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. 

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. 

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim 

membangun Kaabah.

kredit to : http://panduanpercuma.info

Monday, 10 April 2017

10 BATU PALING SEIMBANG DI DUNIA

10 Batu Paling Seimbang di Dunia

10. Balanced Rock Colorado



9. Balancing Rock, Digby, Nova Scotia, Kanada




8. Idol Rock, Moor Brimham, North Yorkshire



7. El Torcal de Antequera, Andalusia, Sepanyol




6. Kjeragbolten, Norway




5. Peyrou Clab, Sidobre, Perancis



4. Mushroom Rocks, Kansas, USA



3. Chiremba Balancing Rocks, Epworth, Zimbabwe.



2. Mexican Hat Rock, Utah, USA



1. The Steady Hand Of Man (x pasti plak kat mana)


Tuesday, 4 April 2017

FAKTA BUMI



  • Magma adalah batu cecair panas di bawah permukaan Bumi, ia di panggil lahar selepas ia terkeluar daripada gunung berapi.
  • Gas asli tidak mempunyai bau.Bau yang kuat ditambah padanya oleh manusia, supaya ia boleh kesan apabila ada kebocoran.
  • Hawaii bergerak menghala ke Jepun pada kelajuan 10cm setahun. Ini adalah kerana setiap satu Negara tersebut berada pada plat tektonik yang berlainan.
  • Bongkah batu gunung berapi yang dikenali sebagai pumis adalah bongkah batu yang boleh terapung dalam air.
  • Gempa bumi yang berlaku di lautan boleh menyebabkan tsunami yang boleh sampai ke darat dan membahayakan manusia.
  • Talkum merupakan galian yang paling lembut dan halus di Bumi, dengan ketebalan hanya 1 di skala Mohs. Ia digunakan untuk membuat bedak talkum.
  • Gurun yang terbesar di dunia ialah Sahara, ia meliputi kira-kira satu per tiga benua Afrika!
  • Gunung Everest adalah gunung tertinggi di Bumi, kemuncaknya mencapai 8,848 meter (29028 kaki) di atas paras laut.
  • Berlian dikenali sebagai bahan yang paling keras.Berlian semula jadi dibentuk oleh berbilion-bilion tahun di bawah tekanan dan haba yang kuat. Ia dibawa ke permukaan Bumi oleh letusan gunung berapi yang dalam.Struktur hidup yang terbesar di Bumi ialah Terumbu Sawar Besar.  Ia berukuran 2000 kilometer panjang dan boleh ditemui di Australia.

Monday, 3 April 2017

NEGARA YANG TERLETAK ANTARA 2 BENUA


1.Turki
Imej yang berkaitan
Berdasarkan keluasan kawasan, Turki sebenarnya 95% Asia dan 5% Eropah. Walaupun begitu Turki memilih untuk menyertai kesatuan negara-negara Eropah dalam hal ehwal antarabangsa. Dua bandar di Turki sebenarnya turut terletak di dua benua berbeza. Istanbul terletak betul-betul di atas sempadan Eropah dan Asia, sementara Ankara pula terletak sepenuhnya dalam benua Asia.
Istanbul adalah satu-satu bandar dalam dunia yang merentasi dua benua berbeza.

2. Russia
Hasil carian imej untuk russia 2 continents

Negara yang memiliki keluasan tanah terbesar di dunia, Russia berkongsi kawasan dengan dua benua iaitu Eropah dan Asia. Bagaimanapun Russia memilih untuk memasuki benua Eropah walaupun sebahagian besar tanahnya iaitu 77 peratus sebenarnya terletak di benua Asia.

3. Indonesia

Kita semua tahu Indonesia merupakan sebuah negara yang diletakkan di dalam kelompok benua Asia. Bagaimanapun, wujud banyak pulau-pulau kecil yang terletak agak jauh daripada ibu negara Indonesia sendiri, Jakarta. Pulau yang kini digelarkan Papua atau nama lamanya, Irian Jaya sebenarnya terletak dalam kawasan benua Oceania.

4. Azerbaijan
 Hasil carian imej untuk azerbaijan 2 continents
Azerbaijan juga mempunyai kawasan yang masuk ke dalam benua Eropah, di bahagian pergunungan Caucasus. Majoriti kawasan Azerbaijan berada di dalam benua Asia namun budaya serta ekonomi mereka sangat bergantung dengan benua Eropah. 70% jumlah eksport Azerbaijan dipasarkan ke Eropah menunjukkan berlakunya perkongsian budaya yang kuat dalam masyarakat Azerbaijan, sehinggakan mereka lebih selesa digelarkan Eurasia.

5. Kazakhstan

Hasil carian imej untuk 2 continents kazakstan

Kazakhstan terletak dalam benua Asia, namun sebahagian besar tanahnya sebenarnya masuk ke dalam benua Eropah. Bahagian paling barat Kazakhstan yang terletak di bahagian pantai Laut Caspian sebenarnya berada dalam kelompok benua Eropah.


6. Panama
Hasil carian imej untuk 2 continents panama
Kedudukan yang strategik menjadikan Panama tumpuan ramai dengan terusan Panama menjadi salah satu laluan air terpenting dunia. Terusan Panama yang ada sebenarnya telah pun membahagikan Panama kepada dua benua, Amerika utara dan Amerika selatan. Panama secara rasmi diletakkan ke dalam benua Amerika utara namun ibu negaranya pula terletak di Amerika selatan.
7. Mesir
Hasil carian imej untuk 2 continents egypt
Secara rasminya, Mesir diletakkan di dalam benua Afrika. Bagaimanapun Semenanjung Sinai yang terletak di bahagian timur Mesir dan menjadi salah satu laluan laut terpenting dunia melalui pembukaan terusan Suez, adalah satu-satunya bahagian negara Mesir yang terletak dalam benua Asia.