Wednesday, 23 March 2016

DURIAN TANPA DURI


Buah duriaN tanpa duri ini dikenali juga  dengan nama Durian gondol yang berasal dari daerah Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Keunikan buah ini terletak pada buahnya yang tidak memiliki duri seperti buah durian  yang biasa anda lihat.

Ciri-ciri buah durian tanpa duri aka Durian Gondol.

- Bentuk buahnya sekilas seperti tempurung kelapa, ukurannya sebesar buah melon dengan berat 800-900 gr. -- 
 - Buah yang masak akan mengeluarkan bau durian. 
-  Ketebalan isi buah 0,5 cm seperti isi buah durian tempatan 

  


Tuesday, 8 March 2016

FAKTA EMAS


Hasil carian imej untuk gold
  • Emas telah ditemui di setiap benua di bumi.
  • Gold Bar terbesar di dunia adalah seberat 250 kg (551 lb).
  • Emas boleh dimakan.
  • Tubuh badan manusia mempunyai 0.2 miligram emas dan kebanyakkan dijumpai dalam darah.
  • Gempa bumi menukar air kepada emas.
  • Terdapat sedikit emas dalam dalam daun eucalyptus.
  • Emas 24 karat mencair pada suhu 1063°C atau 1945 °F.
  • Emas dan tembaga adalah logam pertama yang ditemui oleh manusia sekitar 5000 SM dan hanya emas dan tembaga logam yang bukan berwarna putih. 
  • Istilah "emas" adalah dari pangkal Proto-Indo-Eropah, ghel/Ghol bermaksud "kuning", "hijau" atau "terang".
  • Di Mesir purba, emas dianggap kulit atau pun daging dewa, termasuklah Dewa Matahari Mesir, Ra. Oleh itu, emas tidak boleh dimiliki sesiapa kecuali Firaun, dan hanya kemudiannya untuk paderi dan ahli-ahli mahkamah di-Raja. Makam para raja pada zaman itu dikenali sebagai "rumah dari emas". 
  • Orang-orang Yunani (Greeks) pada waktu dulu menganggap bahawa emas merupakan gabungan padat air dan cahaya matahari.
  • Simbol kimia bagi emas ialah Au, dari perkataan Latin, 'aurum' yang bermaksud "subuh bersinar" dan dari Aurora, Dewi Rom. Pada 50 S.M, Rom mula mengeluarkan duit syiling emas dipanggil Aureus dan Solidus bagi syiling yang lebih kecil.
  • Emas sebenarnya bersifat begitu lembut dan ianya boleh dibuat sebagai benang jahit. 1oz (28.35g) emas sekiranya dijadikan benang jahit boleh mencapai panjang lebih daripada 50 batu (80.467 km).
  • Sekitar 300 S.M Orang Yunani dan Yahudi mula melakukan eksperimen untuk alkimia untuk mencari cara menukarkan logam asas menjadi emas. Kegiatan tersebut berakhir pada akhir Zaman Pertengahan dan Renaissance.
  • Pada tahun 1912, pingat emas Olimpik telah dibuat sepenuhnya daripada emas. Pada masa ini, pingat emas Olimpik hanya mengandungi 6 gram emas.
  • Semasa abad ke-14, meminum emas lebur dan zamrud yang dihancurkan adalah sebagai rawatan untuk penyakit taun. 
  • Gumpalan emas terbesar yang pernah ditemui dinamakan "Welcome Stranger" ditemui oleh John Deason dan Richard Oates di Australia pada 5 Februari, 1869. Gumpalan tersebut sebesar 10 x 25 inci dan seberat 63729.73 gram (2,248 oz) emas tulen. Ia telah dijumpai hanya dua inci di bawah permukaan tanah !
  • Ketulenan emas diukur dalam berat karat. Istilah "karat" berasal dari "benih carob," yang merupakan ukuran untuk menimbang kuantiti yang kecil di Timur Tengah.
  • Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.