Wednesday, 17 December 2014

RAHSIA SAKIT TUBUH BADAN


  • 1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

  1. Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  2. Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  3. Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  4. Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


  • 2.HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

  1. Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  2. Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  3. Bersin ;

A. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

B. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


  • 3.BATUK

  1. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  2. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
  3. Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.



  • 4.KERONGKONG

  1. Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  2. Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.




  • 5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

  1. Bibir pucat

A. Sistem penghadaman yang lemah.

B. Perut mengandungi angin.

C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi. Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


  • 6.MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

  1. Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  2. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  3. Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.



  • 7.TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

  1. Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  2. Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.



  • 8.KULIT BERPELUH :

A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


  • 9.RUAM DAN BISUL

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


  • 10.KULIT GATAL DENGAN RUAM

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


  • 11. KULIT PECAH DAN BERAIR

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


  • 12. RAMBUT GUGUR

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan umbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


  • 13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

A. Sakit Sendi

  1. Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
  3. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

B) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.

F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


  • 14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


  • 15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. 
B. MUNTAH DARAH

  1. Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
  2. Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



  • 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


  • 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


  • 18. KENCING

A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang 
B) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. 
C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


  • 19. BUANG AIR BESAR

A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. 
B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil. 
C) NAJIS BERDARAH

  1. Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  2. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


  • 20. BADAN

A) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.

  1. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang berlebihan.

C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


  • 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH

Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


  • 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT

Sistem paru-paru yang lemah.


  • 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

  1. Sistem jantung yang lemah.
  2. Sistem saraf otak yang lemah.
  3. Masalah pengaliran darah.



  • 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL

Sistem penghadaman yang lemah.

Wednesday, 12 November 2014

KHATAN YAHUDI

Berkhatan bagi lelaki Yahudi adalah wajib sebagaimana wajibnya lelaki ISLAM berkhatan. Sepertimana berkhatan cara ISLAM, berkhatan cara Yahudi juga membuang selaput kulit yang menutupi zakar sehingga terdedah kepala zakar.
Berkhatan bagi istilah Hebrew adalah Brit Milah. Perlu diketahui bahawa orang Yahudi terbahagi kepada beberapa loghat seperti loghatSephardi,loghat Ashkenazi dan loghat Yiddish. Dengan itu Brit Milah jika bagi loghat Sephardi akan disebut Berit Milah,loghat Ashkenazi akan disebut Bris Milah manakala loghat Yiddish hanya akan disebut Bris sahaja.
Apapun jenis loghatnya, upacara Brit Milah tetap sama. Upacara Brit Milah boleh dikatakan semeriah majlis berkhatan bagi rakyat Malaysia. Akan tetapi, majlis Brit Milah dipenuhi dengan adat-adat dan kepercayaan Yahudi.
Upacara Brit Milah
  • Upacara Brit Milah akan dilakukan kepada bayi yang menjangkaui hari ke-8 kelahirannya. Upacara ini tersangat penting hinggakan jika hari ke-8 bayi tersebut jatuh kepada hari Sabbath atau perayaan Yom Kippur, upacara ini tetap akan berlangsung.

  • Upacara Brit Milah  dilakukan pada bila-bila masa pada hari ke-8 kelahiran mengikut kesesuaian masa ibubapa bayi tersebut. Namun, kelazimannya mereka akan mengadakan upacara ini pada awal pagi hari ke-8 kelahiran.


Tempat
  • Upacara Brit Milah dilakukan di Synagogue. Namun, ia tidak memperuntukkan hanya Synagogue sahaja tempat upacara ini dilakukan. Upacara Brit Milah boleh dilakukan di Dewan  mahupun di rumah ibubapa bayi itu sendiri.


Kvatter
  • Semasa upacara ini berlangsung, seorang Kvatter akan membawa bayi ke dalam sebuah bilik khas. Kvatter adalah individu yang diberi penghormatan untuk membawa bayi daripada ibu bayi kepada bapa bayi tersebut sebelum bapa bayi itu membawanya kepada seorang Sandek.

  • Tugas Kvatter akan diberi kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak. Tujuannya adalah untuk menarik minat pasangan tersebut supaya turut mempunyai anak sendiri kelak.

 Sandek
  • Upacara Brit Milah akan berterusan lagi apabila bayi yang dibawa oleh bapanya akan diberi kepada seorang Sandek.  Sandek adalah gelaran kepada seorang yang akan memangku bayi dengan lututnya. 

  • Sandek biasanya seorang yang paling dihormati dalam keluarga ibubapa tersebut. Lazimnya, ibubapa bayi akan melantik mana-mana ayah mereka(datuk bayi tersebut) sebagai Sandek.

  • Sandek akan memangku bayi tersebut sehingga upacara Brit Milah(khatan) selesai dilakukan oleh seorang individu yang digelar Mohel.

  • Akan terdapat dua buah kerusi disediakan bagi upacara ini. Kerusi pertama adalah untuk Sandek manakala kerusi kedua dikosongkan kerana orang Yahudi percaya kerusi itu akan diduduki oleh Prophet Elijah (nabi Ilias menurut kepercayaan Yahudi). Mereka percaya bahawa setiap upacara Brit Milah dilakukan, roh Prophet Elijah akan menjelma dan duduk di kerusi tersebut sebagai saksi Yahweh(Tuhan orang Yahudi).

  • Bayi yang akan dikhatankan itu akan diletakkan di kerusi Elijah(Elijah’s chair) sebelum upacara Brit Milah dilakukan. Mohel akan membacakan doa-doa khas untuk memohon supaya roh Elijah tampil semasa upacara Brit Milah dilakukan olehnya.

  • Individu paling penting dalam upacara Brit Milah adalah Mohel. Di Malaysia, Mohel boleh diumpamakan sebagai Tok Mudim. Semua mazhab Yahudi tidak melarang seorang wanita untuk menjadi seorang Mohel kecuali mazhab Yahudi Orthodox.

  • Wanita yang menjadi Mohel digelar Mohelot. Untuk menjadi seorang Mohel atau Mohelot bukannya satu yang senang. Seorang Mohel atau Mohelot wajib mempunyai kelulusan yang diikhtiraf. Mohel atau Mohelot bukan sahaja wajib mengetahui ilmu-ilmu pembedahan tetapi juga wajib mengetahui adat-adat dan kepercayaan kaum Yahudi. Oleh sebab itu, kebanyakkan seorang Mohel adalah seorang Rabbi.

  • Mohel daripada mazhab Yahudi Orthodox masih lagi mengamalkan penggunaan cara-cara tradisional dalam upacara Brit Milah. Umpamanya, mereka masih lagi menggunakan pisau berbanding penggunaan gunting dan penyangkut(clamp). Mereka percaya penggunaan gunting akan menyebabkan kulit akan dipotong secara berlebihan.

Pemberian Nama
  • Selepas sahaja upacara Brit Milah selesai, upacara pemberian nama akan dilakukan. Nama yang diberikan mestilah nama Yahudi bayi tersebut. Pemberian nama dilakukan bagi mengikut tradisi turun-temurun sejak Prophet Abraham ditukar namanya daripada Avram atau Abram oleh Yahweh selepas selesai upacara Brit Milah.

Seudat Mitzvah
  • Kemuncak kepada upacara Brit Milah adalahSeudat Mitzvah. Seudat Mitzvah adalah upacara kenduri sebaik sahaja upacara Brit Milah selesai. Makanan yang disediakan ketika Seudat Mitzvah mestilah kosher.

Tuesday, 13 May 2014

5 PERTOLONGAN ALLAH SWT MELALUI 5 AMALAM

5 Pertolongan Allah SWT melalui 5 Amalan

Syaqiq Balki seorang Ulamak terkenal pernah berkata :
Perkara diperolehi melalui 5 Saluran :
1- Berkat Rezeki diperolehi melalui Isyraq ( Solat Dhuha).
2- Cahaya di dalam kubur diperolehi melalui amalan Tahajjud.
3- Memudahkan jawapan semasa pertanyaan Munkar dan Nankir adalah melalui Tadarrus Al-Quran.
4- Memudahkan laluan semasa melintasi Titian Sirat adalah melalui Puasa dan Sedekah.
5- Menempah sebuah bilik dibawah Naungan Arasy Allah SWT adalah melalui Zikrullah.

Tuesday, 8 April 2014

IBU UNIK DAN ANEH YANG PERNAH ADA DI DUNIA

1. Melahirkan 8 Bayi dengan selamat
Dikenali sebagai "Octomom", Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mencuri perhatian dunia setelah beliau melahirkan octuplets pada bulan Januari 2009. Nadya, seorang ibu tunggal menganggur, telah memiliki enam anak lain pada saat itu dan ditambah pula dengan kelahiran 
octuplets. 
2. Ibu Paling Muda Di Dunia (5 Tahun)
Lina Madinah adalah ibu termuda dalam sejarah perubatan.beliau melahirkan anak pada usia 5 tahun 7 bulan 21 hari. Lahir di Ticrapo,Peru, Madinah dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada usia limatahun kerana peningkatan saiz perut. Dia awalnya dianggapmempunyai tumor, tetapi para doktor mendapati dia hamil tujuh bulan. Dr Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru, dan memastikan bahawa Madinah hamil. Satu bulan setengah kemudian, pada tarikh 14 Mei 1939, beliau telah melahirkan seorangbayi lelaki dengan kaedah caesaran kerana punggunggnya yang kecil. Operasidilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu.
3. Ibu Tertua ketika melahirkan bayi

Setelah menunggu lebih dari 40 tahun untuk anak pertama, wanita India Rajo Devi Lohan melahirkan bayi pertama beliau pada bulan November 2008, pada usia 70.
4. Ibu dengan jumlah anak terbanyak [69 Anak]

Menurut Guinness Book of Records, ibu yang paling produktif sejarah adalah seorang petani dari Shuya, Rusia, yang dikenali hanya sebagai isteri Feodor Vassilyev, yang melahirkan tidak kurang dari 69 anak-anak di abad 18, dari 27 kehamilan
5. Ibu Lelaki pertama di Dunia

Thomas Beatie adalah Orang pertama yang menjadi seorang ibu lelaki. Dilahirkan sebagai seorang wanita,beliau menjalani pembedahan tukar jantina dan hidup sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana histerektomi((pembedahanan rahim). Beliau memutuskan untuk ada bayi sendiri, melalui inseminasi buatan menggunakan sperma penderma dan telur Beatie sendiri.
6. Ibu Kembar tertua
Kerana terlampau inginkan anak lelalki, Omkari Panwar ,70 tahun ,telah menjadi ibu kembar tertua. Beliau membayar kos rawatan untuk mempunyai ahli waris lelaki atas ladang keluarga. Beliau menjual kerbau, menggadaikan tanah, menghabiskan simpanan hidup mereka dan mengambil pinjaman kad kredit untuk mebuatkan beliau mendapat anak lelaki.

7. Ibu Tumpang Tersubur di Dunia
Carole Horlock, telah melahirkan 12 bayi dalam 13 tahun - termasuk kembar tiga. Menajdikan beliau mencatat rekod dunia untuk ibutumpang yang paling produktif. "Ketika saya pertama kali menjadi ibutumpang, saya berharap untuk melakukannya sekali," katanya. Diadibayar rata-rata $ 25,000 hingga $ 30.000 untuk perkhidmatantersebut.

8. Ibu Terkecil di Dunia

Ibu terkecil di dunia ini telah melahirkan bayi untuk kali ketiga walaupn telah diingatkan doktor tentang bahaya untuk kehamilan seterusnya. Stacey Herald, yang memiliki tinggi 2, 4 inch, berani menentang para doktor untuk memiliki dua bayi. beliau menderita osteogenesis imperfekta yang menyebabkan rapuh tulang dan paru-paru sehingga menyebabkan dia tidak berkembang. 

9. Ibu dengan Bayi Terkecil di Dunia

Mahajabeen Sheikh melahirkan Rumaisa Rahman pada 19 September 2004 di Loyola University Medical Center. Bayi yang beratnya hanya 8,6 ons dan panjang 10 inci merupakan bayi terkecil di dunia. Ia dilahirkan setelah 25 minggu enam hari kehamilan ibunya. Rumaisa, yang tinggal dengan kedua orangtua di Hanover Park, beratnya hanya 8,6 ons pada saat lahir, tapi sekarang berat sekitar 15 kilogram dan dalam keadaan sihat.

10. Ibu dengan Interval Terlama Antara Anak
Elizabeth Ann Buttle ibu yang memegang rekod untuk tempohterpanjang di antara kelahiran dua kanak-kanak. Beliau melahirkananak nya Belinda pada Mei 19,1956 dan Joseph pada November 20,1997. Beza tempoh kelahiran Elizebeth dan joseph ialah 41 tahun 185hari .