Tuesday, 3 December 2013

FAKTA UNIK RUMPUT



1. Ada lebih dari 10,000 spesies rumput di dunia. 
Contoh-contoh rumput adalah seperti gandum, jagung,
 oat dan tebu.

2. 20% tanaman di seluruh dunia adalah berasal

 dari rumput. 

3. Rumput boleh tumbuh dan hidup di kutub utara 
hingga sekitar khatulistiwa.

4.
  90% berat rumput berasal dari akarnya saja.  

5.    Ketinggian rumput boleh mencapai 
40m bersamaan 120 kaki.

6.     Buluh juga tergolong dalam spesies rumput.

7.      Rumput adalah berwarna hijau 
kerana kandngan chlorophyll yang 
terdapat di dalamnya. Itu yang membuatkan 
rumput berwarna hijau.

8.       Kebanyakkan haiwan Herbivor makan rumput 
untuk hidup contoh Panda makan buluh. 
Buluh adalah dalam kategori rumput.

Wednesday, 10 July 2013

FAKIR MISKIN DI SISI ALLAH SWT



Orang kaya tidak akan mendapat 3 kelebihan yang akan diberikan oleh Allah SWT kepada para fakir miskin yang mukmin kepada Allah SWT :
  • Didalam syurga terdapat daripada yaqut merah, orang-orang syurga itu melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang dilangit, tidak dapat masuk ke tempat tersebut kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mukmin yang fakir.

  • Orang fakir akan masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari akhirat iaitu sekira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk sesudah nabi-nabi yang lainnya sekira-kira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya.
  • Jika orang fakir membaca: Subhaballah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar dengan tulus ikhlas dan orang kaya membaca perkataan yang sama, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang fakir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya,Allah s.w.t. lebihkan fadhilat ke atas orang miskin.

KONSEP HALAL BAGI ISLAM DAN KOSHER BAGI YAHUDI

Konsep HALAL bagi Islam dan KOSHER bagi Yahudi


Kosher adalah istilah bagi diet pemakanan orang Yahudi yang serupa dengan istilah HALAL bagi umat ISLAM. Bergitu juga dengan istilahTrefa, ia adalah serupa istilahnya dengan HARAM bagi umat Islam. Akan tetapi kosher tidak serupa peraturannya dengan halal bagi umat islam. Ini kerana, terdapat beberapa makanan yang boleh dimakan oleh orang Yahudi tetapi tidak boleh dimakan oleh orang Islam. Bergitu juga sebaliknya, terdapat beberapa makanan boleh dimakan oleh orang Islam tetapi tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi.

Persamaan Halal dan Kosher
Terdapat beberapa perkara yang boleh dikatakan sama antara Halal dan Kosher. Antaranya adalah:
1.         Memakan Babi dan produk daripada Babi tidak boleh dimakan
ISLAM:Mengenai larangan memakan Babi bagi umat islam terdapat dalamAl-Quran(Al-Baqarah ayat 173):
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,”

YAHUDI:Mengenai larangan memakan Babi pula bagi orang Yahudi terdapat dalam Leviticus(11:7):

And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you.”
2.        Larangan memakan haiwan dua alam
ISLAM dan YAHUDI sama-sama melarang daripada memakan haiwan dua alam seperti katak ataupun penyu.
3.        Larangan memakan serangga
ISLAM dan YAHUDI sama-sama melarang penganutnya memakan serangga. Walaubagaimanapun, belalang juta diharuskan memakannya dalam ISLAM. Bagi lebah pula, dilarang memakannya namun madudaripada lebah adalah HALAL dan KOSHER.
4.        Binatang buas dan mencakar
ISLAM dan YAHUDI melarang penganut masing-masing memakan haiwan buas seperti harimau,beruang atau dan sebagainya. Haiwan jenis mencakar seperti burung helang,burung hantu,tikus dan sebagainya juga dilarang dimakan oleh penganutnya. Sabda Rasullulah saw:

 Tiap-tiap binatang buas yang mempunyai taring adalah haram dimakan. (HR. Muslim dan Tarmudzi) 
Semua binatang yang mempunyai kuku atau cakar tajam sepertihelang, rajawali dan sebagainya. Nabi SAW telah melarang tiap-tiap burung yang mempunyai kuku tajam.” (HR. Muslim)
Perbezaan Halal dan Kosher
1.         Arak
ISLAM: Arak diharamkan sebagai minuman dan apa jua jenis penggunaan arak dalam makanan terutama ketika memasak.
YAHUDI: Arak adalah kosher dalam peraturan Yahudi.
2.        Makanan Laut
ISLAM: Makanan laut adalah halal kecuali yang memudaratkan seperti ikan Buntal beracun.
YAHUDI: Haiwan laut jenis ikan yang bersisik dan bersirip adalah kosher dan boleh dimakan. Oleh itu, segala jenis kerang,tiram,ketam adalah tidak kosher dan tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi.
3.        Campuran Susu dan Daging
ISLAM: Islam tidak ada peraturan khas untuk makanan yang mengandungi campuran susu dan daging. Oleh itu, halal dimakan jika susu dan daging bercampur.
YAHUDI: Orang Yahudi dilarang memakan sebarang makanan yang bercampur antara susu dan daging.
4.        Haiwan ternak
ISLAM: Islam menghalalkan semua binatang ternak seperti firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 1:
 “Dihalalkan bagimu binatang ternak.”
YAHUDI: Orang Yahudi dibenarkan memakan haiwan ternak jika memiliki dua kriteria iaitu terpisah setiap jari kakinya dan mencerna makanannya dengan sempurna(haiwan ruminant) seperti dalam ayat Leviticus 11:3
You may eat any animal that has a split hoof completely divided and that chews the cud.
Oleh itu, binatang seperti unta tidak kosher bagi mereka kerana walaupun unta mencerna dengan sempurna dengan cernaan dua kali(haiwan ruminant), tetapi ia mempunyai jari kaki yang tidak terbelah dua.  Leviticus 11:4
“‘There are some that only chew the cud or only have a split hoof, but you must not eat them. The camel, though it chews the cuddoes not have a split hoof; it is ceremoniallyunclean for you.
5.        Penyembelihan
ISLAM: Sembelihan dalam Islam dikenali Dhabh. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan haiwan tersebut dengan menyebut lafaz “Bismillah, Allahu Akbar“. Lafaz akan disebut lagi bagi setiap ekor haiwan itu disembelih.
Meminum darah haiwan adalah haram di sisi agama Islam. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah dibersihkan sepenuhnya.
Muslim yang tinggal berjauhan dengan muslim yang lain boleh memakan haiwan sembelihan Ahli Kitab(Yahudi atau Kristian). Akan tetapi, kebiasaanya umat Islam sekarang mencari daging yang telah diimport khas daripada negara Islam.
YAHUDI: Sembelihan dalam Yahudi dikenali Shechita. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan haiwan tersebut. Penyembelih Shechita dikenali sebagai Sochet. Adalah cukup untuk seorang Sochet menyebut nama Tuhannya sekali sahaja miskipun menyembelih melebihi seekor haiwan.
Meminum darah haiwan adalah haram di sisi agama Yahudi. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah dibersihkan sepenuhnya.
Yahudi yang tinggal berjauhan dengan orang Yahudi yang lain tidak boleh memakan haiwan sembelihan selain agama Yahudi. Orang Yahudi akan mengimport khas daripada negara yang membekalkan haiwan sembelih yang Kosher.
6.         Simbol Kosher dan Halal
ISLAM:

Logo Halal yang dikeluarkan oleh Halal Food Council International.
YAHUDI:

simbol yang digunakan untuk menandakan makanan itu mengandungi elemen Kosher ataupun tidak.
  • D: The product is Dairy and contains some milk ingredient
  • M/Meat: The product contains meat
  • Pareve: The product is neither dairy nor meat

Friday, 17 May 2013

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Menurut kamus Lisan al-‘Arab, azan dari segi bahasa bererti pemberitahuan (al-i‘lam). (Lisan al-‘Arab: 13/9) Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

"Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya berlepas diri daripada tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik".
(Surah at-Taubah: 3)
Sementara azan dari segi syara‘ pula bererti zikir yang ditentukan untuk pemberitahuan sembahyang fardhu lima waktu.
Menurut kamus Lisan al-Arab, iqamah pula dari segi bahasa adalah merupakan mashdar kepada kalimah aqama iaitu mendirikan(Lisan al-‘Arab: 12/498) Pada syara‘ pula bererti zikir yang ditentukan untuk mendirikan sembahyang(Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/460)


SEJARAH DISYARIATKAN AZAN DAN IQAMAH

Adapun sejarah disyariatkan azan dan iqamah itu bermula di Madinah pada tahun pertama hijrah. (Al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah: 2/358)Sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar katanya yang bermaksud :
"Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidak ada seorang pun yang menyerukan untuk sembahyang. Pada suatu hari mereka pun membincangkan hal itu.
Berkata sebahagian mereka: "Ambillah naqus (loceng) seperti naqus orang-orang Nasrani (Kristian)."
Berkata sebahagian yang lain pula: "(Ambillah) trompet seperti trompet orang-orang Yahudi."
Lalu berkata ‘Umar: "Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang?"
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: "Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin Zaid katanya yang bermaksud :
"Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk menggunakan naqus (loceng) untuk dipalu bagi mengumpulkan orang ramai untuk mendirikan sembahyang jemaah, dalam tidurku (mimpi) seorang lelaki berjalan mengelilingiku sedang membawa di tangannya naqus. Lalu aku berkata: "Wahai hamba Allah, adakah kamu jual naqus itu?"
Dia berkata: "Apa yang akan engkau buat dengannya (naqus)?
Aku berkata: "Dengan naqus itu kami menyeru kepada sembahyang."
Dia berkata: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik dari itu?"
Aku berkata: "Ya."
Berkata periwayat (orang yang mimpi): "Dia (lelaki yang dimimpikan) berkata: "Engkau ucapkan: "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan, marilah menuju kemenangan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah."
(‘Abdullah bin Zaid) berkata: "Kemudian lelaki itu berundur sedikit.
Lalu lelaki itu berkata: "Jika engkau menyerukan iqamah sembahyang engkau ucapkan: "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan, sesungguhnya sembahyang telah didirikan, sesungguhnya sembahyang telah didirikan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah."
Pada pagi esoknya aku datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberitahu mengenai dengan mimpiku itu.
Baginda bersabda: "Sesungguhnya mimpimu itu benar insya Allah, berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan padanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya itu, kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau." Maka aku berdiri bersama Bilal lalu aku ajarkan dia dan dia azan dengan apa yang aku ajarkan itu.
(‘Abdullah bin Zaid) berkata: "Maka terdengarlah azan itu oleh ‘Umar bin al-Khattab, sedang dia dirumahnya. Lalu dia keluar dengan bergegas menyeret selendang di belakangnya dan berkata: "Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bermimpi sepertimana yang dimimpikan olehnya (Àbdullah bin Zaid)."
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: "Segala puji bagi Allah."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Wednesday, 16 January 2013

FAKTA PALESTIN


Image result for Palestine

  • Pokok zaitun yang telah menjadi sebahagian daripada landskap Palestin yang menjadi simbol identiti Palestin , budaya dan tradisi sejak beribu tahun dahulu.

  • Penanaman pokok zaitun menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan sekitar 100,000 keluarga petani yang menjadi pengeluar minyak zaitun.

  • 45 % daripada tanah pertanian di Tebing Barat adalah khusus untuk pengeluaran zaitun.

  • 11 daripada 100 kanak-kanak berumur di bawah lima tahun mengalami kekurangan zat makanan kronik pada 2010, termasuk 11.3% di Tebing Barat

  • Kadar kemiskinan pada tahun 2010 di kalangan isi rumah Palestin di Wilayah Palestin 21.4 % pada tahun 2010

  • Hampir 40 % daripada pelajar di Tebing Barat tidak mendaftar dalam pendidikan asas pada tahun 2010

  • Tebing Barat bersempadan dengan Jordan di timur dan Israel di selatan, barat dan utara, manakala Semenanjung Gaza bersempadan dengan Israel di utara dan timur, Mesir di barat daya, dengan pantai sepanjang Laut Mediterranean di barat.

  • Ibu Negara palestine adalah Ramallah; ia meliputi kawasan seluas 6.2 batu persegi (16 kilometer persegi) .

  • Palestin menikmati iklim yang sederhana dengan hangat untuk musim panas dan musim sejuk yang sederhana. Banyak haiwan liar yang besar di Palestin, termasuk babi hutan, musang, gazel gunung, serigala, serigala, dubuk, harimau bintang dan Ibex Nubian (padang pasir kediaman spesies kambing), dan banyak spesies burung hijrah!

  • Bahasa rasmi Palestin adalah Arab dan Ibrani.

  • Jordan Dinar dan Shekel Israel adalah mata wang rasmi di sini.

  • Bathlehem menyambut 3 kali krismas : 25 December untuk penganut Katolik, 7 Januari Greek Ortodok dan Kristian Armenian 19 Januari




  • Statistik ihsan Central Biro Statistik Palestin dan Oxfam International